Kuala Lumpur, 8 Julai- Selari dengan trend dan perubahan jenayah semasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Bahagian D11, Jabatan Siasatan Jenayah hari ini maju lagi selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan Portal Kanak-Kanak Hilang PDRM bagi menangani kes seumpama itu di negara ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim berkata portal ini merupakan medium komunikasi interaktif bagi mewujudkan kerjasama antara polis dan masyarakat agar lebih mudah berkongsi maklumat dengan lebih mudah dan cepat.
Tambah beliau lagi, maklumat yang disalurkan melalui portal boleh diakses oleh pegawai penyiasat secara terus agar tindakan segara dapat diambil.
“Adalah menjadi harapan kami agar pewujudan portal ini dapat mempertingkatkan lagi perkhidmatan PDRM kepada masyarakat, khususnya bagi kes kehilangan kanak-kanak,” kata beliau dalam Majlis Pelancaran Portal Kanak-kanak Hilang sebentar tadi.
Turut hadir pada majlis tersebut barisan pengarah PDRM, pegawai-pegawai Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), petugas Sistem National Urgent Respond (Nur Alert), wakil-wakil NGO dan warga PDRM.
Ucapan Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim
Ucapan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohmad Salleh
Bacaan doa..
Pengacara majlis
Sekitar majlis
Sesi perasmian Portal Kanak-Kanak Hilang PDRM
Sesi perasmian Portal Kanak-Kanak Hilang PDRM
Barisan pegawai kanan yang hadir
Petugas NUR Alert
Perasmian Portal Kanak-Kanak Hilang PDRM
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Pdrm Lancar Portal Kanak Kanak Hilang
Kuala Lumpur, 8 Julai- Selari dengan trend dan perubahan jenayah semasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Bahagian D11, Jabatan Siasatan Jenayah hari ini maju lagi selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan Portal Kanak-Kanak Hilang PDRM bagi menangani kes seumpama itu di negara ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-lancar-portal-kanak-kanak-hilang
Scan to view the latest live version.