Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Laksana Pengauditan Pensijilan Semula Eksa Kendiri Peringkat Kontinjen Tahun 2026

Diterbitkan: 12 May 2026 1.43 AM Dikemas kini: 20 Sep 2026 8.12 PM
Kuala Lumpur, 11 Mei 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) melaksanakan pengauditan pensijilan semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kendiri peringkat kontinjen melibatkan tiga Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) iaitu Perak, Kuala Lumpur dan Selangor bermula hari ini hingga 15 Mei depan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-laksana-pengauditan-pensijilan-semula-eksa-kendiri-peringkat-kontinjen-tahun-2026
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:12 MYT
Kuala Lumpur, 11 Mei 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) melaksanakan pengauditan pensijilan semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kendiri peringkat kontinjen melibatkan tiga Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) iaitu Perak, Kuala Lumpur dan Selangor bermula hari ini hingga 15 Mei depan.

Pengauditan yang dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Audit Induk EKSA PDRM itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Pasukan dalam memastikan pematuhan terhadap piawaian EKSA PDRM di samping memperkukuhkan budaya kerja berkualiti dan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien.

Terdahulu, pengauditan EKSA Kendiri telah dilaksanakan secara berperingkat melibatkan beberapa kontinjen di seluruh negara. Fasa pertama pada tahun 2023 melibatkan IPK Sabah, Perak, Sarawak, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur, diikuti fasa kedua pada tahun 2024 melibatkan IPK Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Johor.

Seterusnya pada tahun 2025, pengauditan diteruskan melibatkan IPK Terengganu, Pahang, Melaka dan Perlis.

Kesemua kontinjen yang terlibat sebelum ini berjaya memperoleh pensijilan EKSA Kendiri bagi tempoh dua tahun dengan kategori Baik dan Cemerlang hasil audit yang dijalankan oleh Jawatankuasa Audit Induk EKSA PDRM.

Audit yang dijalankan meliputi pemeriksaan mengikut zon yang telah ditetapkan termasuk ruang pejabat dan kawasan persekitaran luar pejabat bagi memastikan garis panduan serta kriteria pengauditan EKSA PDRM dipatuhi sepenuhnya.

Selain itu, pasukan juruaudit turut mengemukakan pandangan dan cadangan penambahbaikan bagi mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan warga Pasukan serta memastikan persekitaran kerja yang lebih kondusif selaras dengan aspirasi EKSA PDRM

May be an image of text

May be an image of lighting, indoors and text

May be an image of text

May be an image of studying, newsroom and text

May be an image of studying and text

May be an image of hospital and text


ArtikelDiterbitkan 12 May 2026 1.43 AMDikemas kini 20 Sep 2026 8.12 PM