Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Laksana Audit Eksa Kendiri Fasa 2

Diterbitkan: 28 Jun 2024 8.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 28 Jun 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) melaksanakan pengauditan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kendiri yang melibatkan lima buah kontinjen iaitu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Johor.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-laksana-audit-eksa-kendiri-fasa-2
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:55 MYT
 
Kuala Lumpur, 28 Jun 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) melaksanakan pengauditan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kendiri yang melibatkan lima buah kontinjen iaitu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Johor.

Pengauditan EKSA Kendiri yang bermula sejak 23 Jun lalu bertujuan untuk persiapan bagi memperolehi pensijilan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri bagi fasa ke-2.

Terdahulu, pengauditan EKSA Kendiri telah dilaksanakan di lima buah IPK bagi fasa pertama melibatkan Sabah, Sarawak, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur (KL) tahun lalu. Hasil daripada audit yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Audit Induk EKSA PDRM, MAMPU telah menganugerahkan sijil dengan kategori Baik dan Cemerlang kepada kontinjen yang terlibat.

Audit yang dijalankan meliputi pemeriksaan mengikut zon yang telah ditetapkan dan ruang-ruang pejabat selain kawasan-kawasan luar pejabat bagi memastikan garis panduan yang disediakan MAMPU dipatuhi dan kriteria pengauditan EKSA dipenuhi.

Dalam pengauditan EKSA Kendiri yang dijalankan, beberapa pandangan dan cadangan penambahbaikan telah diberikan oleh pasukan juruaudit untuk mencapai piawaian sebenar yang ditetapkan oleh pihak MAMPU di samping meningkatkan lagi mutu perkhidmatan warga kerja Pasukan kepada masyarakat.

May be an image of 2 people and text

May be an image of 11 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people, newsroom and text

May be an image of 8 people and text
May be an image of 8 people and text
ArtikelDiterbitkan 28 Jun 2024 8.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM