Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Kongsi Info Kerjaya Bersama 54 Pelajar Kolej Segi

Published: 02 Mar 2020 8.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Lawatan para pelajar yang turut diiringi empat tenaga pengajar itu bertujuan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan laluan kerjaya sebagai anggota dan pegawai kanan PDRM, selain penugasan dalam JSJ secara amnya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-kongsi-info-kerjaya-bersama-54-pelajar-kolej-segi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:45 MYT

Kuala Lumpur, 2 Mac 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Pengurusan dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menerima kehadiran 54 pelajar Kolej SEGI dari seluruh Malaysia, sempena program lawatan kolej berkenaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Lawatan para pelajar yang turut diiringi empat tenaga pengajar itu bertujuan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan laluan kerjaya sebagai anggota dan pegawai kanan PDRM, selain penugasan dalam JSJ secara amnya.

Kedua-dua perkara tersebut diterangkan dalam sesi taklimat yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) Jabatan Pengurusan, ACP Ishak Hassan dan DSP Hal Ehwal/ Perhubungan Antarabangsa JSJ, DSP Mohd Nor Kasim.

Aturcara program turut diselitkan dengan sesi soal jawab dan bergambar kenangan bersama para tetamu dan pelajar.

2
Taklimat daripada Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) Jabatan Pengurusan, ACP Ishak Hassan berkenaan peluang kerjaya dalam PDRM.

5
Antara pelajar Kolej SEGI yang hadir dalam program pada hari ini.

7
Antara pelajar Kolej SEGI yang hadir dalam program pada hari ini.

4
Antara tenaga pengajar yang mengiringi para pelajar.

8
Taklimat daripada DSP Hal Ehwal/ Perhubungan Antarabangsa JSJ, DSP Mohd Nor Kasim berkenaan pengenalan kepada tugas-tugas polis di JSJ.

9
Taklimat daripada DSP Hal Ehwal/ Perhubungan Antarabangsa JSJ, DSP Mohd Nor Kasim berkenaan pengenalan kepada tugas-tugas polis di JSJ.

10
Sesi bergambar kenangan.

ArticlePublished 02 Mar 2020 8.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM