Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Jppm Cadang Tingkat Kerjasama Strategik Menerusi Integrasi Sistem Dan Perkongsian Data

Diterbitkan: 26 May 2026 7.42 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.57 PM
Kuala Lumpur, 26 Mei 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) terus mempertingkatkan kerjasama strategik menerusi cadangan integrasi sistem serta perkongsian data antara kedua-dua agensi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-jppm-cadang-tingkat-kerjasama-strategik-menerusi-integrasi-sistem-dan-perkongsian-data
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:01 MYT
Kuala Lumpur, 26 Mei 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) terus mempertingkatkan kerjasama strategik menerusi cadangan integrasi sistem serta perkongsian data antara kedua-dua agensi.

Perkara tersebut menjadi fokus utama dalam kunjungan hormat Ketua Pengarah JPPM, Dato’ Mohd Zulfikar Ahmad ke atas Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, pagi tadi.

Pertemuan berkenaan membincangkan rasional integrasi sistem JPPM dengan sistem eSIMS PDRM yang dikendalikan oleh Central Criminal Intelligence Unit bagi membolehkan perkongsian data secara masa nyata (real time), sekali gus memperkukuh aspek keselamatan dan keberkesanan tindakan penguatkuasaan.

Selain itu, turut dikongsikan statistik berkaitan jumlah permohonan tapisan ahli jawatankuasa pertubuhan bagi memperkemas proses semakan dan penyelarasan maklumat antara agensi.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu, barisan Timbalan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali dan para pegawai kanan JPPM.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

May be an image of dais and text that says 'ん本田 IBU PEJABAT DIRAJA MAI DIRAJAMALAYSI AVSIA BUKIT BUKITAMAN AMAN BALO ご曲 고구 趣 சള 香錄

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of the Oval Office, dais and text
ArtikelDiterbitkan 26 May 2026 7.42 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.57 PM