Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Hargai Komitmen Berterusan Petron Melalui Program Gtsp

Diterbitkan: 05 Mar 2020 9.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 5 Mac 2020 – Sejak menjadi rakan strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui program Go To Safety Point (GTSP) dari tahun 2013, Petron Malaysia kekal menjalin usaha sama bagi memastikan tahap keselamatan masyarakat setempat terus dipertingkat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-hargai-komitmen-berterusan-petron-melalui-program-gtsp
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:33 MYT

Kuala Lumpur, 5 Mac 2020 – Sejak menjadi rakan strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui program Go To Safety Point (GTSP) dari tahun 2013, Petron Malaysia kekal menjalin usaha sama bagi memastikan tahap keselamatan masyarakat setempat terus dipertingkat.

Kini, sejumlah 700 buah stesen minyak milik syarikat tersebut menjadi ‘titik’ atau lokasi selamat bagi orang ramai mendapatkan bantuan awal semasa berlaku sesuatu kecemasan.

Bagi menghargai komitmen berterusan Petron Malaysia dalam membantu pihak polis ke arah persekitaran yang lebih selamat, Majlis Penyampaian Surat Penghargaan PDRM kepada Pengusaha-pengusaha Stesen telah diadakan di Hotel Impiana, dekat sini, sebentar tadi.

Seramai 48 pengusaha stesen minyak telah menerima sijil penghargaan kerana terlibat secara khusus membantu meningkatkan keselamatan komuniti dan juga sebagai inspirasi serta sokongan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Berucap dalam majlis tersebut, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Zainal Abidin Kasim berkata, PDRM sangat berbesar hati melihat program GTSP disambut baik oleh pihak Petron yang mempamerkan sikap berdedikasi dan komited dalam usaha sama yang dilaksanakan.

“PDRM juga telah menjalankan latihan dalam kumpulan (team building) bersama pengusaha-pengusaha stesen minyak bagi menjadikan mereka lebih bersedia dalam menangani hal-hal kecemasan,” jelas beliau.

Majlis tadi turut disertakan dengan pelancaran Poster Inisiatif Kesedaran Keselamatan GTSP Petron Malaysia yang akan dipamerkan di semua stesen minyak Petron bagi meningkatkan kesedaran dan penglibatan orang awam dalam menjaga keselamatan serta kebajikan bersama.

Antara yang hadir ialah Pengurus Korporat Keselamatan, Sekuriti, Kesihatan dan Alam Sekitar Petron Malaysia, Encik Lokman Hani, Pengurus Hal Ehwal Korporat Petron Malaysia, Encik Zaimi Harun, Timbalan Pengarah Perancangan Strategik JPJKK, DCP Dato’ Sun Teoh Tia, Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa JPJKK, SAC Dato’ Selven Tharmalingam, para pegawai kanan PDRM dan rakan media.

Image may contain: 2 people, people standing
Pengurus Korporat Keselamatan, Sekuriti, Kesihatan dan Alam Sekitar Petron Malaysia, Encik Lokman Hani menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Zainal Abidin Kasim.
 
Image may contain: 1 person, standing and indoor
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Zainal Abidin Kasim menunjukkan poster inisiatif kesedaran keselamatan GTSP Petron Malaysia kepada media.

Image may contain: 6 people, people standing
Bergambar kenangan.
 
Image may contain: 9 people, people sitting, table and indoor
Antara yang hadir dalam majlis pada hari ini.
 
Image may contain: 9 people, people sitting, table and indoor
Antara yang hadir dalam majlis pada hari ini.
 
Image may contain: 1 person
Ucapan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Zainal Abidin Kasim.
 
Image may contain: 8 people, people standing and shoes
Para penerima sijil penghargaan bergambar kenangan.

Image may contain: 10 people, people standing and shoes
Para penerima sijil penghargaan bergambar kenangan.

Image may contain: 10 people, people standing and shoes
Para penerima sijil penghargaan bergambar kenangan.
 
Image may contain: 3 people, people standing
Pelancaran poster inisiatif kesedaran keselamatan GTSP Petron Malaysia.
 
Image may contain: 20 people, people standing
Bergambar kenangan.
 
Image may contain: 21 people, people standing, crowd and indoor
Bergambar kenangan.
 
Image may contain: 5 people, people sitting and indoor
Sesi sidang media.
ArtikelDiterbitkan 05 Mar 2020 9.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM