Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya polis Kuala Lumpur sentiasa menggempur habis-habisan kegiatan perjudian di atas talian (online) di ibu negara dalam usaha menghapuskan jenayah itu sehingga ke akar umbi.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur, Dato' Zainuddin Ahmad menegaskan arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkaitan judi online adalah masih berkuat kuasa.
Atas inisiatif sendiri, polis Kuala Lumpur telah menubuhkan pasukan khas sendiri bagi mengambil tindakan ke atas premis atau orang perseorangan yang menjalankan kegiatan haram ini.
Sejak Januari 2015 sehingga Julai 2015, polis Kuala Lumpur telah berjaya menyerbu sebanyak 418 premis judi online dengan 1,291 tangkapan telah dibuat serta 12,389 buah komputer judi online termasuk peralatannya dirampas.
Sumber: Utusan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
PDRM GEMPUR JUDI ONLINE TANPA HENTI
Atas inisiatif sendiri, polis Kuala Lumpur telah menubuhkan pasukan khas sendiri bagi mengambil tindakan ke atas premis atau orang perseorangan yang menjalankan kegiatan haram ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-gempur-judi-online-tanpa-henti-20150724
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.