Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Gempur Judi Online Tanpa Henti 20150724

Published: 24 Jul 2015 3.40 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Atas inisiatif sendiri, polis Kuala Lumpur telah menubuhkan pasukan khas sendiri bagi mengambil tindakan ke atas premis atau orang perseorangan yang menjalankan kegiatan haram ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-gempur-judi-online-tanpa-henti-20150724
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:58 MYT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya polis Kuala Lumpur sentiasa menggempur habis-habisan kegiatan perjudian di atas talian (online) di ibu negara dalam usaha menghapuskan jenayah itu sehingga ke akar umbi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur, Dato' Zainuddin Ahmad menegaskan arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkaitan judi online adalah masih berkuat kuasa.

Atas inisiatif sendiri, polis Kuala Lumpur telah menubuhkan pasukan khas sendiri bagi mengambil tindakan ke atas premis atau orang perseorangan yang menjalankan kegiatan haram ini.

Sejak Januari 2015 sehingga Julai 2015, polis Kuala Lumpur telah berjaya menyerbu sebanyak 418 premis judi online dengan 1,291 tangkapan telah dibuat serta 12,389 buah komputer judi online termasuk peralatannya dirampas.

Sumber: Utusan Malaysia
Pdrm Gempur Judi Online Tanpa Henti 20150724

ArticlePublished 24 Jul 2015 3.40 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM