
Pdrm Fa Tampil Jersi Baharu Bagi Saingan Liga Super 2020
Kuala Lumpur, 26 Februari 2020 – Pasukan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) hari ini melancarkan jersi baharu yang akan digunakan dalam Liga Super Piala Malaysia 2020 di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.
Jersi baharu The Cops musim ini didatangkan dengan 3 rekaan iaitu warna biru digunakan semasa beraksi di gelanggang sendiri, warna merah akan digunakan bagi perlawanan di tempat lawan manakala jersi kuning sebagai kit ketiga.
Dalam majlis yang sama, turut diperkenalkan barisan pemain The Cops yang akan memberi saingan untuk musim ini.
Berbeza dengan musim yang lepas, hampir 90 peratus pemain The Cops terdiri daripada warga PDRM sendiri. Ianya bagi menyokong hasrat pihak tertinggi PDRM FA untuk melihat gabungan pemain import dan warga PDRM beraksi di atas padang.
Berucap dalam majlis tersebut, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan yang juga merangkap Presiden PDRM FA menzahirkan perasaan bangga kerana PDRM FA telah menunjukkan prestasi yang baik dan berjaya melangkah masuk ke saingan Liga Super Piala Malaysia 2020 yang akan bermula pada 28 Februari nanti.
“Meskipun dihimpit dengan pelbagai cabaran, kita mampu mempersiapkan pasukan ini, bagi mengimbangi saingan lain-lain pasukan gergasi tempatan.
“Saya juga berharap agar kita dapat terus memainkan peranan masing-masing, bagi menjulang The Cops ke puncak liga, walaupun hanya bergantung kepada sumber dalaman dan perbelanjaan yang terhad,” ujar beliau.
Dato’ Pahlawan Mazlan turut menekankan pencarian bakat baharu untuk diserapkan dalam kesebelasan utama pasukan menerusi Kejohanan Piala Ketua Polis Negara yang dianjurkan saban tahun serta pengambilan pemain-pemain bola sepak awam ke dalam perkhidmatan PDRM sebagai opsyen dalam memperkasakan lagi PDRM FA.
Selain itu, beliau mengambil kesempatan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada badan-badan korporat selaku penaja kerana telah memberi sokongan dan kepercayaan kepada PDRM FA untuk saingan kali ini.
Dalam pada itu, beliau juga menyeru kepada seluruh warga PDRM untuk memberi sokongan kepada pasukan PDRM FA ketika beraksi di tempat lawan bagi menaikkan lagi semangat pemain-pemain untuk beraksi.
Turut hadir, Pengarah Pengurusan merangkap Timbalan Presiden PDRM FA, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik merangkap Naib Presiden 2 PDRM FA, DCP Dato' Azisman Alias, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman merangkap Naib Presiden 1, DCP Dato' Abdul Majid Mohd Ali, para pegawai kanan PDRM, warga PDRM FA dan wakil-wakil media.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan yang juga merangkap Presiden PDRM FA menerima jersi baharu bagi tahun 2020.
Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan yang juga merangkap Presiden PDRM FA.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan yang juga merangkap Presiden PDRM FA bergambar kenangan.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan yang juga merangkap Presiden PDRM FA menandatangani buku lawatan.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan yang juga merangkap Presiden PDRM FA bergambar kenangan bersama pemain.
Antara yang hadir ke Majlis Pelancaran jersi pemain PDRM FA bagi tahun 2020.
Antara yang hadir ke Majlis Pelancaran jersi pemain PDRM FA bagi tahun 2020.
ucapan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan yang juga merangkap Presiden PDRM FA.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan yang juga merangkap Presiden PDRM FA bergambar bersama para penaja.