Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Dan Atm Perkukuh Hubungan Kerjasama Melalui Sukan Menembak

Published: 15 Nov 2024 2.19 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 15 November 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuhkan hubungan kerjasama melalui sukan menembak yang diadakan di Lapang Sasar Galeri Tertutup Tentera Darat Kem Perdana Sungai Besi, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-dan-atm-perkukuh-hubungan-kerjasama-melalui-sukan-menembak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:20 MYT

Kuala Lumpur, 15 November 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuhkan hubungan kerjasama melalui sukan menembak yang diadakan di Lapang Sasar Galeri Tertutup Tentera Darat Kem Perdana Sungai Besi, di sini, petang tadi.

Kejohanan menembak persahabatan antara para pegawai kanan kedua-dua agensi keselamatan itu merupakan anjuran ATM dan salah satu aktiviti yang disusun oleh Jawatankuasa Kerja Am antara kedua-dua pucuk pimpinan tertinggi agensi.

Meskipun kejohanan terpaksa dimulakan sedikit lewat disebabkan hujan lebat, namun ia tidak sedikitpun melunturkan semangat para peserta untuk mempamerkan kehebatan masing-masing dalam kategori "center fire", "rapid fire" dan "falling plate". Sebanyak tujuh kumpulan telah mengambil bahagian dengan masing-masing terdiri daripada pegawai kanan PDRM dan ATM.

Lebih bermakna, kejohanan tersebut turut disertai Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohamad Ab. Rahman dan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.

Selain dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama, kejohanan persahabatan sebegitu dilihat sebagai satu medan perbincangan dan peluang bertukar pandangan dalam memperkasakan lagi bidang tugas kedua-dua agensi dalam menjaga keamanan serta keselamatan negara.

Ternyata kecekapan mengendalikan senjata api sepanjang acara berlangsung tadi telah berjaya melayakkan Kumpulan "Dragon" yang dianggotai oleh Tan Sri Dato' Seri Mohamad, Tan Sri Razarudin bersama-sama Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi serta Asistant Ketua Staf Perancangan, Pembangunan dan Kontingensi Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Pertama Azman Rabani dinobatkan sebagai johan keseluruhan selepas mencatat mata tertinggi bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Seusai pertandingan, Tan Sri Dato' Seri Mohamad dan Tan Sri Razarudin masing-masing berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi kategori individu (peserta terbaik acara berkumpulan) dan johan keseluruhan yang turut membawa pulang piala pusingan kejohanan.

Sementara itu hadiah bagi pemenang kategori "center fire", "rapid fire" dan keseluruhan kedua-dua kategori telah disampaikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan, manakala hadiah kategori "falling plate" disampaikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Turut serta dalam pertandingan tadi ialah Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, barisan Timbalan Pengarah PDRM Bukit Aman, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussien Omar Khan dan Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 3 people

May be an image of 3 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 8 people, ambulance and text

May be an image of 2 people, flute, dais and text

May be an image of 6 people

May be an image of 2 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 1 person, skeet shooting and text

May be an image of 1 person, skeet shooting and text

May be an image of 1 person and text that says '10 1abs1 HAK HAKMILI MIILI'

May be an image of 1 person and text

May be an image of 1 person and text

No photo description available.

May be an image of 8 people and text

May be an image of 4 people, dais and text



ArticlePublished 15 Nov 2024 2.19 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM