Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Bantu Kelancaran Penghantaran Pulang 49 Penuntut Ipta Zon Tengah

Published: 01 May 2020 11.09 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 1 Mei 2020 - Penugasan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu proses penghantaran pulang 49 penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Zon Tengah telah berjalan dengan lancar di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-bantu-kelancaran-penghantaran-pulang-49-penuntut-ipta-zon-tengah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:11 MYT

Shah Alam, 1 Mei 2020 - Penugasan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu proses penghantaran pulang 49 penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Zon Tengah telah berjalan dengan lancar di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, hari ini.

Proses penghantaran kesemua penuntut UiTM Shah Alam itu telah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penugasan PDRM antaranya melibatkan dokumentasi kebenaran perjalanan dan pemeriksaan air kencing oleh petugas dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam terhadap pemandu kenderaan, bagi memastikan mereka berada dalam keadaan sihat sebelum memulakan perjalanan.

Terdahulu, kesemua penuntut yang dihantar pulang diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendengar sesi taklimat oleh petugas KKM.

Para penuntut juga dibekalkan dengan penutup muka dan cecair pembasmi kuman manakala penjarakan sosial dipraktikkan ketika mereka berada dalam kenderaan yang disediakan oleh pihak universiti.

Setiap bagasi yang dibawa oleh penuntut juga disanitasi dan dinyahkumankan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Turut hadir dalam sesi tadi ialah Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Profesor Dr. Haji Azizan Abdullah dan Pegawai Penyelaras Kor Suksis UiTM Shah Alam, ASP Jeferi Ahmad.

Kenderaan yang membawa semua penuntut tersebut akan menuju ke IPD berdekatan kediaman masing-masing sebelum dibawa pulang oleh ahli keluarga.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, standing and car
Anggota PDRM yang membantu proses penghantaran pulang 49 penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Image may contain: 4 people
Sekitar proses penghantaran kesemua penuntut UiTM Shah Alam.

Image may contain: 3 people
Pegawai Penyelaras Kor Suksis UiTM Shah Alam, ASP Jeferi Ahmad menyampaikan taklimat bagi melancarkan perjalanan pulang pelajar.

Image may contain: 3 people, people standing
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), terlibat dalam melakukan ujian saringan air kencing kepada semua pemandu.

Image may contain: one or more people and people sitting
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan proses sanitasi dan nyahkuman setiap kenderaan.

 
 
 
 

Image may contain: one or more people, people standing, beard and indoor
Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Ir turut hadir membantu proses penghantaran pulang 49 penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Image may contain: 1 person, sitting
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), terlibat dalam melakukan ujian saringan air kencing kepada semua pemandu.

Image may contain: one or more people, people standing and indoor
Antara petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terlibat menjayakan proses penghantaran pulang 49 penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Image may contain: 2 people, people standing
Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) terlibat dalam melakukan ujian saringan air kencing kepada semua pemandu.
Image may contain: 2 people, people standing
Pegawai Penyelaras Kor Suksis UiTM Shah Alam, ASP Jeferi Ahmad menyampaikan taklimat bagi melancarkan perjalanan pulang pelajar.

Image may contain: 2 people
Pegawai Penyelaras Kor Suksis UiTM Shah Alam, ASP Jeferi Ahmad menyampaikan taklimat bagi melancarkan perjalanan pulang pelajar.
ArticlePublished 01 May 2020 11.09 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM