Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Bakal Laksana Model Baharu Penilaian Prestasi Myperformance Gantikan Sistem Lnpt

Published: 04 Feb 2022 4.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 4 Februari 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Model Baharu Penilaian Prestasi (MyPerformance) bagi menggantikan Sistem Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sedia ada untuk kegunaan warga Pasukan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-bakal-laksana-model-baharu-penilaian-prestasi-myperformance-gantikan-sistem-lnpt
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:18 MYT

Kuala Lumpur, 4 Februari 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Model Baharu Penilaian Prestasi (MyPerformance) bagi menggantikan Sistem Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sedia ada untuk kegunaan warga Pasukan. 

Taklimat berkenaan MyPerfomance telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Encik Shahrim Hussin di hadapan kepimpinan tertinggi PDRM di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.

Dalam sesi taklimat yang berlangsung hampir satu jam itu, fungsi dan objektif pelaksanaan model tersebut diterangkan secara ringkas sebelum ia diperkenalkan sepenuhnya pada tahun 2024 kepada seluruh warga Pasukan melalui Bengkel Pelaksanaan MyPerformance PDRM, yang dijadualkan berlangsung pada 7 sehingga 10 Februari 2022, di Kuantan, Pahang. 

Sesi taklimat tersebut telah dihadiri oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Dato’ Razarudin Husain, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), JPA, Datuk Seri Hj. Suhaime Mahbar, barisan Pengarah PDRM, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Sarawak, Ketua-ketua polis negeri dan Komander-komander Pasukan serta Briged dari semua kontinjen seluruh Malaysia. 

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 3 people

May be an image of 9 people, people standing and indoor

May be an image of 8 people, people sitting and indoor

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 5 people and people standing

ArticlePublished 04 Feb 2022 4.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM