Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pasukan Gerakan Marin Berjaya Temui Mayat Mangsa Lemas Di Ja

Published: 17 Jun 2014 7.21 AM Updated: 15 Aug 2026 7.45 PM
Mayat Chiew Chin Lee, 41, ditemui pada pukul 10 malam oleh polis pasukan Gerakan Marin yang melancarkan gerakan mencari dan menyelamat selepas menerima laporan mengenai kehilangan lelaki itu...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasukan-gerakan-marin-berjaya-temui-mayat-mangsa-lemas-di-ja
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:16 MYT

George Town, 12 Julai - Mayat seorang anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditemui terapung di dalam laut di KM 7.4 Jambatan Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Mayat Chiew Chin Lee, 41, ditemui pada pukul 10 malam oleh polis pasukan Gerakan Marin yang melancarkan gerakan mencari dan menyelamat selepas menerima laporan mengenai kehilangan lelaki itu.

Jurucakap Polis Marin Wilayah 1 Batu Uban Pulau Pinang berkata Chiew dari Balik Pulau dilapor hilang pada pukul 9 malam dipercayai terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang.

"Kereta Chiew dijumpai tidak jauh dari lokasi dia dilapor terjatuh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Komtar Teh Lai Heng berkata mendiang ialah anggota jawatankuasa PPS bahagian Komtar dan telah berkhidmat dalam pertubuhan itu lebih setahun.

"Kami terkejut dengan pemergiannya secara tiba-tiba kerana Chiew adalah seorang periang dan komited dengan tugasnya," katanya kepada pemberita. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.21 AMUpdated 15 Aug 2026 7.45 PM