Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Panduan Masuk Bulatan Roundabout

Published: 02 May 2019 8.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kesilapan memilih lorong yang betul semasa hendak memasuki bulatan boleh menyebabkan kemalangan seperti langgar belakang, langgar sebelah tepi atau bergesel. Adalah penting untuk pengguna jalan raya memastikan lorong yang mana sepatutnya mereka gunakan semasa membelok di dalam sesuatu bulatan bagi mengelakkan kejadian sedemikian daripada berlaku. Panduannya adalah mudah, iaitu: i. Lorong kiri hanya untuk membelok ke
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/panduan-masuk-bulatan-roundabout
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 21:13 MYT
Kesilapan memilih lorong yang betul semasa hendak memasuki bulatan boleh menyebabkan kemalangan seperti langgar belakang, langgar sebelah tepi atau bergesel.

Adalah penting untuk pengguna jalan raya memastikan lorong yang mana sepatutnya mereka gunakan semasa membelok di dalam sesuatu bulatan bagi mengelakkan kejadian sedemikian daripada berlaku.

Panduannya adalah mudah, iaitu:

i. Lorong kiri hanya untuk membelok ke kiri (jam 9) atau jalan terus (jam 12).

ii. Lorong kanan untuk jalan terus (jam 12), membelok ke kanan (jam 3) atau untuk membuat pusingan di bulatan tersebut.

Sentiasa ingat, pemandu yang berada di dalam bulatan mempunyai hak yang lebih utama untuk menggunakan jalan berbanding pemandu yang berada di mana-mana susur. Oleh yang demikian, anda perlu memberi keutamaan jalan kepada mereka yang sedang menggunakan bulatan berkenaan untuk membelok.

Berikan isyarat terlebih dahulu untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain sebelum hendak memasuki bulatan. Perlahankan kenderaan anda atau berhenti jika perlu. Pastikan ianya selamat semasa hendak memasuki bulatan.

Panduan Masuk Bulatan Roundabout
ArticlePublished 02 May 2019 8.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM