Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pancaragam Pusat Pdrm Terpilih Sertai Wpbc Di Tokyo

Published: 24 Nov 2019 12.01 PM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Tokyo, 24 November 2019 - Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta sejarahnya tersendiri apabila terpilih menyertai 24th World Police Band Concert (WPBC) yang berlangsung di Tokyo, Jepun, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pancaragam-pusat-pdrm-terpilih-sertai-wpbc-di-tokyo
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:23 MYT

Tokyo, 24 November 2019 - Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta sejarahnya tersendiri apabila terpilih menyertai 24th World Police Band Concert (WPBC) yang berlangsung di Tokyo, Jepun, hari ini.

Pancaragam Pusat PDRM bersama 15 kumpulan pancaragam polis lain seperti Tokyo Metropolitan Police Band, New York Police Department Band dan Thailand Police Band termasuk beberapa pancaragam polis negeri tempatan berarak dengan membawa instrument muzik masing-masing di sepanjang Lebuh Ginza sejauh 1.6 kilometer.

Antara lagu yang dimainkan oleh 30 ahli Pancaragam Pusat PDRM dengan diketuai oleh Ketua Pengarah Pancaragam PDRM, Superintendan Dr. Mohd Noor Firdauz Abdullah dan dibantu Drum Major, Sarjan Mejar Mohd Noor Manap ialah Paddy March, Malaysia Jaya, Son of the Brave dan Sedia Berkhidmat.

Kemeriahan acara penuh berprestij itu ternyata menarik perhatian orang ramai dengan kehadiran lebih 10,000 penonton.

Tokyo Metropolitan Police menjadi tuan rumah pada WBPC kali ini selepas acara tahunan itu berlangsung di negara Thailand tahun lalu.

Turut sama hadir mewakili PDRM ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar merangkap Ketua Delegasi, Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi), ACP Sukri Kaman, Pengarah Pancaragam Pusat PDRM, ASP Mesmoro Edward dan para pegawai kanan polis.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri, orang ramai dan luaran
Seramai 30 ahli Pancaragam Pusat PDRM berarak dengan membawa instrument muzik masing-masing di sepanjang Lebuh Ginza.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang
Sekitar acara perarakan sempena 24th World Police Band Concert (WPBC) yang berlangsung di Tokyo, Jepun.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang ramai dan luaran
Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato' Abd Rahim Jaafar bersama Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi), ACP Sukri Kaman turut serta berkawad mengiringi Pancaragam Pusat PDRM.

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang berdiri, jambang dan luaran
Sekitar acara perarakan sempena 24th World Police Band Concert (WPBC) yang berlangsung di Tokyo, Jepun.
 
Imej mungkin mengandungi: 4 orang
Sekitar acara perarakan sempena 24th World Police Band Concert (WPBC) yang berlangsung di Tokyo, Jepun.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang
Sekitar acara perarakan sempena 24th World Police Band Concert (WPBC) yang berlangsung di Tokyo, Jepun.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri
Kehadiran Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato' Abd Rahim Jaafar merangkap Ketua Delegasi ke 24th World Police Band Concert (WPBC) di Jepun.

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri
Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato' Abd Rahim Jaafar bersama para pegawai kanan polis.

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri dan luaran
Sekitar acara perarakan sempena 24th World Police Band Concert (WPBC) yang berlangsung di Tokyo, Jepun.

Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, orang berdiri
Sekitar acara perarakan sempena 24th World Police Band Concert (WPBC) yang berlangsung di Tokyo, Jepun.
ArticlePublished 24 Nov 2019 12.01 PMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM