Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pameran Raja Kita Timbalan Kpn Penuhi Undangan Panel Podcast Pojok Muzium Siri 6

Published: 02 Sep 2024 3.41 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 2 September 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay memenuhi undangan sebagai ahli panel dalam ‘podcast’ Pojok Muzium Siri 6 bersempena Pameran Raja Kita yang berlangsung pada 26 Julai hingga 29 September 2024 di Muzium Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini. Slot audio siar (podcast) yang bertajuk “Raja dan Institusi Diraja Malaysia" itu turut disiarkan menerusi Facebook Jabatan Muzium Malaysia serta dihoskan oleh Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Muzium, Puan Miti Fateema Sherzeella Mohd Yusoff.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pameran-raja-kita-timbalan-kpn-penuhi-undangan-panel-podcast-pojok-muzium-siri-6
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:52 MYT
Kuala Lumpur, 2 September 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay memenuhi undangan sebagai ahli panel dalam ‘podcast’ Pojok Muzium Siri 6 bersempena Pameran Raja Kita yang berlangsung pada 26 Julai hingga 29 September 2024 di Muzium Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Slot audio siar (podcast) yang bertajuk “Raja dan Institusi Diraja Malaysia" itu turut disiarkan menerusi Facebook Jabatan Muzium Malaysia serta dihoskan oleh Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Muzium, Puan Miti Fateema Sherzeella Mohd Yusoff.

Antara pengisian yang dikupas oleh Dato’ Sri Ayob Khan dalam 'podcast' tersebut membincangkan tentang Institusi Diraja Malaysia yang merupakan institusi utama merangkumi isu kenegaraan dan keselamatan di samping menjadi tonggak keutuhan pada negara.

Dato’ Sri Ayob Khan menekankan tentang rukun negara kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang perlu difahami oleh setiap rakyat untuk dijadikan sebagai panduan.

Mengulas lanjut, Pengurniaan gelaran Diraja dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 24 Julai 1958 merupakan satu penghormatan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) kepada Pasukan yang telah ditubuhkan pada 25 Mac 1807. Di tambah juga dengan Panji Diraja yang dikurniakan kepada Polis Persekutuan Tanah Melayu oleh KDYMM ke-3, Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail pada 11 November 1961 adalah satu penghargaan terhadap kegemilangan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi oleh anggota-anggota polis dalam melaksanakan tugas.

Dato’ Sri Ayob Khan juga menegaskan tentang kepentingan institusi diraja dalam memastikan kestabilan, perpaduan, ketenteraman awam dan keharmonian kaum.
Hadir sama menyaksikan temu bual tersebut adalah para pegawai kanan PDRM dan Jabatan Muzium Negara.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 1 person

May be an image of 1 person, headscarf, dais and text

May be an image of 6 people, suit and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 10 people
ArticlePublished 02 Sep 2024 3.41 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM