Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Padah Seret Anjing Pemandu Pacuan Empat Roda Ditahan

Diterbitkan: 12 Feb 2019 7.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Taiping, 12 Februari 2019 - Seorang pemilik anjing dicekup polis setelah didakwa mengikat seekor anjing pada kenderaannya sebelum menyeret haiwan itu di sepanjang perjalanan dalam kejadian di Jalan Kota, di sini Ahad malam lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/padah-seret-anjing-pemandu-pacuan-empat-roda-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT

Taiping, 12 Februari 2019 - Seorang pemilik anjing dicekup polis setelah didakwa mengikat seekor anjing pada kenderaannya sebelum menyeret haiwan itu di sepanjang perjalanan dalam kejadian di Jalan Kota, di sini Ahad malam lalu.

Kejadian itu kemudiannya menjadi tular dalam laman media sosial susulan terdapat rakaman video dibuat saksi kejadian sebelum satu laporan polisdibuat oleh seorang pengadu di Balai Polis Pokok Assam, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada 11 Februari 2019 jam 3.45 petang, apabila pengadu menerima satu rakaman video menerusi laman sosial WeChat daripada rakannya sewaktu berada di hadapan sebuah restoran makanan segera terkemuka di Simpang, semalam.

Menurutnya, dalam rakaman video itu, pengadu menyaksikan seorang pemilik kenderaan pacuan empat roda bertindak mengikat seekor anjing pada kenderaannya.

"Rakaman video itu turut menyaksikan kenderaan itu bertindak menyeret anjing terbabit sepanjang perjalanannya ke suatu lokasi.

"Susulan itu, pengadu berasa tidak puas hati dengan tindakan pemilik kenderaan berkenaan dan membuat laporan polis semalam kerana menganggap tindakan itu tidak berhati perut kerana mengheret anjing itu tanpa belas kasihan," katanya kepada media di sini hari ini.

Razlam berkata, polis membuat semakan ke atas kenderaan itu dan siasatan ke atas pemiliknya mendapati kenderaan itu dipandu bapaya yang berusia 58 tahun pada malam kejadian iaitu 10 Februari lalu.

"Susulan itu, suspek lelaki berkenan ditangkap di rumahnya semalam.

"Siasatan lanjut ke atas suspek mendapati anjing itu dipeliharanya lebih dari setahun.

"Sewaktu kejadian, suspek memaklumkn hendak membuang anjing itu kerana haiwan itu kerap kali mengigit wayar di rumahnya," katanya.

Razlam berkata, siasatan awal ke atas suspek turut mendapati anjing itu diletakkan di bahagian belakang kenderaan sewaktu hendak dibuang.

"Namun, suspek menegaskan tidak sedar anjing itu terjatuh daripada kenderaan dan menyebabkan diseret di sepanjang perjalanan.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 44 (1)(a) Akta Binatang 1953," katanya.

Sumber : Sinar Harian Online

Padah Seret Anjing Pemandu Pacuan Empat Roda Ditahan
ArtikelDiterbitkan 12 Feb 2019 7.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM