Kuala
Lumpur : Cubaan seorang lelaki meragut telefon bimbit seorang anggota
polis menemui padah apabila ditahan di Wangsa Maju di sini, kelmarin.
Suspek yang dipercayai aktif melakukan jenayah ragut sekitar ibu negara sejak beberapa bulan lalu, ditahan jam 8.30 malam.
Dalam
kejadian itu, Sarjan Thillak Manokaran, 26, yang juga penolong pegawai
penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, sedang menggunakan
telefon bimbitnya ketika berjalan menuju restoran bersama dua rakan setugas di Rampai Niaga, Wangsa Maju.
Ketua
Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata suspek
yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125-Z, yang datang dari arah
belakang, meragut telefon bimbit milik Thillak sebelum memecut.
Berikutan
itu, rakan setugas Thillak mengejar suspek dan berjaya menahannya.
Seorang anggota polis yang bergelut dengan suspek turut cedera ringan.
“Meskipun cedera, anggota berkenaan berusaha menahan suspek dengan harapan supaya jenayah ragut tidak lagi berulang,” katanya.
Suspek dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju untuk pemeriksaan dan polis turut menemui semula telefon bimbit itu.
Siasatan
awal mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau, tetapi
dipercayai terbabit dalam beberapa siri kejadian ragut sekitar ibu
negara terutama di daerah Sentul.
Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah samun.

Sumber berita dan gambar: BH Online
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Padah Ragut Telefon Bimbit Sarjan
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125-Z, yang datang dari arah belakang, meragut telefon bimbit milik Thillak sebelum m..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/padah-ragut-telefon-bimbit-sarjan
Scan to view the latest live version.