Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Padah Cuba Ugut Dan Menakutkan Polis Lelaki Didakwa Di Mahkamah

Diterbitkan: 05 Jan 2019 1.09 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Seorang pekerja subkontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Ampang, Selangor semalam atas dua pertuduhan mengugut untuk memukul dua anggota polis trafik awal bulan ini. Tertuduh, B.B Terrence Raj, 23 tahun, didakwa telah menakutkan secara jenayah seorang anggota polis dan pegawai polis dengan kata-kata ugutan iaitu; "Saya tak puas hati dengan you, you tunggu saya jumpa you dekat luar nanti, you inga
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/padah-cuba-ugut-dan-menakutkan-polis-lelaki-didakwa-di-mahkamah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:48 MYT

Seorang pekerja subkontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Ampang, Selangor semalam atas dua pertuduhan mengugut untuk memukul dua anggota polis trafik awal bulan ini.

Tertuduh, B.B Terrence Raj, 23 tahun, didakwa telah menakutkan secara jenayah seorang anggota polis dan pegawai polis dengan kata-kata ugutan iaitu; "Saya tak puas hati dengan you, you tunggu saya jumpa you dekat luar nanti, you ingat you siapa, you ingat saya kosong, saya akan bawa kawan-kawan pukul you, saya ingat you punya nama" dan berkata, "jaga-jaga, saya keluar nanti saya cari you" di pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya.

Tertuduh telah didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Kosmo

Padah Cuba Ugut Dan Menakutkan Polis Lelaki Didakwa Di Mahkamah
ArtikelDiterbitkan 05 Jan 2019 1.09 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM