Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Opbantu Op Bantu Timbalan Kpn Diberi Taklimat Keadaan Banjir Di Baling

Published: 07 Jul 2022 1.22 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Baling, 7 Julai 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini ditaklimatkan situasi semasa bencana banjir yang melanda beberapa kawasan dalam daerah Baling.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbantu-op-bantu-timbalan-kpn-diberi-taklimat-keadaan-banjir-di-baling
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:29 MYT
Baling, 7 Julai 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini ditaklimatkan situasi semasa bencana banjir yang melanda beberapa kawasan dalam daerah Baling.

Turut mengiringi beliau dalam sesi taklimat tadi ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali dan Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.

Taklimat yang bermula jam 4.00 petang berlangsung hampir sejam itu disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Baling Kedah, Superintendan Shamsudin Mamat di Pusat Kawalan Tempat Kejadian.

Sejurus selesai, Tan Sri Razarudin bersama rombongan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Smk Jerai Rasmi dan menyantuni penduduk setempat yang ditimpa musibah banjir.

Beliau yang dalam lawatan kerja ke negeri Kedah dijadualkan akan mengiringi Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin melawat lokasi banjir esok. Beberapa PPS yang menempatkan mangsa banjir di negeri itu akan dilawati menerusi misi bantuan Op Bantu.
 
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Dato’ Roze Shaari, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Skandaguru Anandan.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin


May be an image of 1 person

May be an image of body of water and palm trees

May be an image of sky

May be an image of 2 people and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 4 people, people sitting and people standing
ArticlePublished 07 Jul 2022 1.22 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM