
Artikel
Opbantu Artikel Pilihan Op Bantu Pdrm Gerakkan Pelbagai Elemen Bantu Mangsa Banjir Baling
Kuala Lumpur, 7 Julai 2022 - Selaras dengan cogan kata 'Boleh Digerakkan Dalam Apa Jua Keadaan' Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan pelbagai penugasan te...
Kuala Lumpur, 7 Julai 2022 - Selaras dengan cogan kata 'Boleh Digerakkan Dalam Apa Jua Keadaan' Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan pelbagai penugasan terutama dalam Op Bantu terhadap mangsa banjir di Kampung Iboi, Baling, Kedah.
Seramai 425 pegawai dan anggota PDRM di lokasi bencana bukan hanya terbabit dalam misi keselamatan malah melaksanakan misi kemanusiaan terutama membantu mangsa banjir.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan, berkata sejak kelmarin, PDRM menggerakkan pelbagai elemen dalam jabatannya terutama dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA) ke lokasi bencana khususnya bagi membantu pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling Kedah.
"Sejak semalam sepasukan pegawai dan anggota membabitkan Batalion 2 PGA Kulim Kedah dan Briged Utara PGA, berganding bahu membantu membersihkan tanah lumpur tebal memasuki rumah-rumah di kawasan Kampung Iboi dan kawasan berhampiran.
"Usaha membersihkan kediaman mangsa yang terjejas ini turut menggunakan semburan air dari jentera Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) yang secara lazimnya kerap digunakan semasa berlakunya rusuhan atau perhimpunan haram," katanya kepada BH hari ini.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#07072022