Artikel
Opbanjir Video Pilihan Anggota Balai Polis Cherang Ruku Prihatin Bantu Alihkan Pokok Tumbang
Walau dalam apa jua keadaan, Polis Diraja Malaysia sentiasa berusaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.
Walau dalam apa jua keadaan, Polis Diraja Malaysia sentiasa berusaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.
Tahniah diucapkan kepada sepasukan anggota dari Balai Polis Cherang Ruku, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh yang diketuai oleh Ketua Polis Balai, Sarjan Mejar Saifullah Shuib bersama anggotanya, Lans Koperal Hairul Akmal Hisamudin yang telah mengambil inisiatif mengalihkan pokok tumbang akibat hujan lebat di Jalan Pantai Bisikan Bayu, Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan pada Rabu lalu.
Tindakan pantas mereka semasa melakukan rondaan dan pemantauan banjir di kawasan tersebut berjaya memastikan aliran trafik kembali lancar serta selamat digunakan.
Sumber: Ipd Pasir Puteh
