Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Opbanjir Timbalan Kpn Lawat Pps Dan Balai Polis Terjejas Banjir Di Kelantan

Published: 09 Dec 2024 2.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pasir Mas - 9 Disember 2024, Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay semalam telah melawat ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan beberapa balai polis yang terjejas akibat banjir di dalam daerah Pasir Mas dan Tumpat, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-timbalan-kpn-lawat-pps-dan-balai-polis-terjejas-banjir-di-kelantan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:37 MYT
Pasir Mas - 9 Disember 2024, Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay semalam telah melawat ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan beberapa balai polis yang terjejas akibat banjir di dalam daerah Pasir Mas dan Tumpat, di sini.

Lawatan beliau yang bermula sekitar jam 12.00 tengah hari itu dimulakan dengan mendengar taklimat operasi dan perkembangan semasa bencana banjir di Pusat Kawalan Tempat Kejadian Balai Polis Repek yang disampaikan oleh Ketua Polis (KP) Kelantan, CP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat.

Seusai taklimat, Dato’ Sri Ayob Khan telah dibawa melawat balai-balai yang terjejas akibat banjir antaranya ialah Balai Polis Rantau Panjang, Balai Polis Bakong, Balai Polis Meranti, Balai Polis Jeram Perdah, Balai Polis Kuala Jambu dan Balai Polis Simpangan.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kesan kerosakan di balai polis berkenaan disamping memberi sokongan kepada anggota polis yang bertugas selain memantau tindakan pemulihan bagi memastikan kelancaran operasi balai dapat kembali seperti sedia kala.

Terdahulu, Dato’ Sri Ayob Khan turut meluangkan masa melawat PPS yang menempatkan mangsa-mangsa banjir dekat Sekolah Rendah Gual Tok Deh dan Dewan Komuniti Tumpat.

Dalam lawatan tersebut, Dato’ Sri Ayob Khan turut mengambil peluang menyantuni mangsa-mangsa banjir dan seterusnya menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada mereka yang ditempatkan di situ.

Hadir sama, Timbalan KP Kelantan, DCP Mohd Ali Tamby, Ketua Penolong Pengarah (Krisis dan Bencana), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM Bukit Aman, SAC Pahruradzi Abd Rahman, barisan Ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Ketua Polis Daerah (KPD) Pasir Mas, ACP Kama Azural Mohamed serta KPD Tumpat, ACP Mohd Khairi Shafie.

Jurugambar: PDRM RMPTV
 

May be an image of 3 people and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 11 people and text
ArticlePublished 09 Dec 2024 2.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM