
Article
Opbanjir Timbalan Kp Kelantan Lawat Pps Smk Ayer Lanas Tempatkan Mangsa Banjir
Timbalan Ketua Polis (KP) Kelantan, DCP Dato’ Muhamad Zaki Harun membuat lawatan dan pemantauan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan...
Timbalan Ketua Polis (KP) Kelantan, DCP Dato’ Muhamad Zaki Harun membuat lawatan dan pemantauan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas, Jeli, Kelantan yang menempatkan seramai 203 mangsa banjir membabitkan 52 keluarga.
Selain menyantuni mangsa-mangsa, beliau turut menyampaikan sumbangan berupa bekalan makanan.
Setakat ini lebih 30 PPS dibuka di Kelantan bagi menempatkan penduduk yang terjejas ekoran kenaikan air yang mendadak disebabkan hujan lebat.
Sumber: Polis Kontinjen Kelantan




