
Article
Opbanjir Posting Pilihan Timbalan Kpn Iringi Pm Santuni Mangsa Banjir Di Pps Pasir Mas Kelantan
Pasir Mas, 2 Mac 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain mengiringi Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob menyan...
Pasir Mas, 2 Mac 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain mengiringi Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob menyantuni mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dekat Sekolah Kebangsaan Gelang Mas, dekat sini, siang tadi.
Ketibaan mereka telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis negeri, DCP Dato' Muhamad Zaki Harun bersama sebahagian warga kerja Polis Kontinjen Kelantan.
Dato' Razarudin bersama Dato' Sri Ismail Sabri mengambil kesempatan beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir malah turut memberikan sumbangan kepada mereka di PPS tersebut. Seusai lawatan, beliau bersama Perdana Menteri telah mendengar taklimat berkaitan perkembangan semasa banjir di negeri berkenaan.
Dalam pada itu, Dato' Razarudin tidak melepaskan peluang bertemu dengan para petugas Polis Diraja Malaysia dan memberikan kata-kata semangat kepada mereka untuk terus teguh serta bersemangat waja dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Dato’ Sri Hj. Ismail Hj. Mohamed Said, Datuk Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Hj. Ahmad Yakob dan Ketua Cawangan Khas Kelantan, ACP Tuan Zainal Abidin Ahmad Zakaria.