
Article
Opbanjir Posting Pilihan Polis Daerah Bachok Selamatkan Pesakit Strok Terperangkap Banjir
Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin bersama pasu...
Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin bersama pasukan penyelamat agensi lain bertindak menyelamatkan mangsa yang terjejas banjir di beberapa kawasan rendah daerah tersebut.
Turut diselamatkan ialah dua pesakit strok yang diusung menggunakan katil dan kerusi roda.
Kesemua yang terjejas akan dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Sembilan, SK Jelawat dan SK Pa’Pura.
Usaha berterusan Polis Diraja Malaysia dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir adalah bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.