Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Opbanjir Posting Pilihan Mdn Adakan Lawatan Kerja Ke Kontinjen Kelantan Tumpat 7 Disember 2024 Menteri Dalam Negeri Mdn Datuk Seri Saifuddin

Published: 07 Dec 2024 10.17 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Nasution Ismail telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-posting-pilihan-mdn-adakan-lawatan-kerja-ke-kontinjen-kelantan-tumpat-7-disember-2024-menteri-dalam-negeri-mdn-datuk-seri-saifuddin
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:30 MYT
Nasution Ismail telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, di sini, semalam.

Ketibaan Datuk Seri Saifuddin Nasution telah diiringi Ketua Polis negeri, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat.

Seusai menandatangani buku pelawat, Datuk Seri Saifuddin Nasution telah dibawa ke bilik gerakan bagi mendengar taklimat mengenai situasi banjir yang disampaikan oleh Dato’ Hj. Mohd Yusoff.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut berkesempatan menyampaikan sumbangan bantuan berupa kotak bantuan makanan keperluan harian kepada warga kerja IPD Tumpat yang terjejas banjir.

Seterusnya, beliau meneruskan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Tumpat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan bagi memberikan sokongan serta memastikan bantuan yang diperlukan sampai kepada mangsa banjir yang terjejas.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan Ketua Polis Kelantan, DCP Mohd Ali Tamby serta Ketua-Ketua Jabatan Kontinjen Kelantan.

ArticlePublished 07 Dec 2024 10.17 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM