
Article
Opbanjir Posting Pilihan Kp Kedah Tinjau Balai Polis Langgar Terjejas Banjir
Kota Setar, 6 Oktober 2025 – Ketua Polis (KP) Kedah, CP Datuk Adzli Abu Shah turun padang meninjau keadaan Balai Polis Langgar, Kota Setar yang terjejas akibat...
Kota Setar, 6 Oktober 2025 – Ketua Polis (KP) Kedah, CP Datuk Adzli Abu Shah turun padang meninjau keadaan Balai Polis Langgar, Kota Setar yang terjejas akibat banjir, semalam.
Lawatan tersebut bertujuan menilai tahap kerosakan serta mengenal pasti bentuk bantuan yang diperlukan bagi memastikan operasi balai dapat diteruskan dengan lancar.
Dalam lawatan berkenaan, beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan pegawai dan anggota yang terlibat, selain menyampaikan pesanan agar terus cekal melaksanakan tugas demi keselamatan masyarakat.
Turut hadir, Timbalan KP Daerah Kota Setar, Superintenden Helmi Ahmad dan KP Polis Langgar, Sarjan Mejar Ku Fauzi Ku Bakar.
Sumber: Polis Kedah
\