Artikel
Opbanjir Posting Pilihan Ipd Hilir Perak Teruskan Operasi Menyelamat Banjir 30112025
Sepasukan pegawai dan anggota Team B dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak terus berusaha membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Muhibbah, Bat...
Sepasukan pegawai dan anggota Team B dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak terus berusaha membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Muhibbah, Batu 1 Lorong Kali, Perak semalam.
Semua mangsa berjaya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kampung Bahagia bagi memastikan keselamatan mereka serta mengelakkan risiko berada di kawasan yang terjejas dan berbahaya.
Polis Diraja Malaysia akan terus mempergiat pemantauan dan melaksanakan operasi menyelamat secara berterusan. Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa, termasuk berpindah ke PPS dengan segera apabila diminta.
Sumber: Polis Daerah Hilir Perak