
Article
Opbanjir Posting Pilihan Ipd Hilir Perak Gerak Bantu Pindahkan Mangsa Banjir Ke Pps
Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak bantu memindahkan mangsa yang terkesan banjir di kawasan Kampung Batu 3 ½, Jalan...
Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak bantu memindahkan mangsa yang terkesan banjir di kawasan Kampung Batu 3 ½, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak semalam.
Kesemua mangsa telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Rumah Rehat Bandar Baharu bagi memastikan keselamatan mereka dan mengelakkan risiko kepada penduduk yang berada di kawasan berbahaya.
Polis Diraja Malaysia akan terus membuat pemantauan rapi dan operasi menyelamat dari semasa ke semasa serta orang ramai diingatkan agar mematuhi arahan pihak berkuasa untuk segera berpindah ke PPS sekiranya diarahkan.
Sumber: Polis Daerah Hilir Perak



