
Artikel
Opbanjir Polis Kemaman Lancar Op Lip Lap Pasca Banjir Bantu Penduduk Kampung
Prihatin dengan keluhan penduduk yang terganggu dengan kenderaan berlegar tanpa sebab di kawasan rumah mereka, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, Terengga...
Prihatin dengan keluhan penduduk yang terganggu dengan kenderaan berlegar tanpa sebab di kawasan rumah mereka, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, Terengganu mengambil inisiatif dengan melancarkan Op Lip Lap Pasca Banjir.
Selain melakukan rondaan, mereka turut membantu membersihkan longkang bagi memudahkan pengaliran air di kawasan perumahan yang terjejas dengan banjir.
Tidak ketinggalan juga Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, DSP Haki Hasbullah yang turun padang memberikan sumbangan makanan dan minuman kepada penduduk dan keluarga pegawai serta anggota polis yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di dalam Kompleks IPD Kemaman.