
Article
Opbanjir Pic Of The Day Polis Perlis Bantu Mangsa Terbabas Ke Dalam Longkang
Selain menjalankan rondaan pemantauan banjir, warga Polis Diraja Malaysia sentiasa peka membantu mereka yang ditimpa kesusahan.
Selain menjalankan rondaan pemantauan banjir, warga Polis Diraja Malaysia sentiasa peka membantu mereka yang ditimpa kesusahan.
Pasukan rondaan yang diketuai oleh ASP Mohd Tajuddin Abdullah dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis dimaklumkan oleh orang awam mengenai sebuah kereta yang terbabas ke dalam longkang berhampiran pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kangar.
Mangsa yang dalam keadaan terkejut dibawa pulang ke Kampung Dato’ Kayaman atas permintaannya, di samping anggota polis menghubungi jiran terdekat bagi memastikan kebajikan mangsa terjaga. Anggota turut berkongsi sedikit bekalan makanan memandangkan mangsa ketika itu dalam kelaparan.
Syabas diucapkan buat Polis Perlis dan semoga sikap terpuji tersebut dijadikan teladan buat warga Sang Saka Biru.
Sumber: Polis Perlis