
Artikel
Opbanjir Op Pasca Banjir Batalion 7 Pga Teruskan Khidmat Bakti Bersama Pasukan Sahabat Bersihkan Masjid
Seramai 70 pegawai dan anggota dari Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan yang diketuai Pegawai Pemerintah, Superintendan Azhari Nusi bersama pasukan sah...
Seramai 70 pegawai dan anggota dari Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan yang diketuai Pegawai Pemerintah, Superintendan Azhari Nusi bersama pasukan sahabat dari pelbagai agensi hadir menghulurkan bantuan membersihkan kotoran banjir di Masjid Kampung Kubang Sawa, Tumpat, Kelantan, semalam.
Kerja-kerja pembersihan turut dijalankan di beberapa buah rumah penduduk dengan dibantu 10 petugas Balai Bomba Pengkalan Kubor, 55 pensyarah dan pelajar Universiti Malaya serta beberapa sukarelawan dari badan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Raja Shamri.
Sumbangan berupa makanan juga disampaikan kepada 150 buah keluarga yang terjejas bagi meringankan beban yang dihidapi oleh mereka.
Sumber: Batalion 7 PGA Kuantan