Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Opbanjir Kpn Lawat Pps Sk Bukit Tinggi Bersama Mdn

Published: 04 Dec 2024 2.32 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kubang Pasu, 4 Disember 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tinggi, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-kpn-lawat-pps-sk-bukit-tinggi-bersama-mdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:56 MYT
 
Kubang Pasu, 4 Disember 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tinggi, di sini, petang tadi.

Ketibaan Tan Sri Razarudin bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution dan delegasi sekitar jam 12.30 tengah hari telah disambut oleh Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Redzuan Salleh sebelum menyantuni mangsa yang terkesan akibat banjir.

Sehingga semalam, SK Bukit Tinggi antara 35 buah PPS yang diwujudkan semasa bencana banjir melanda negeri ini menempatkan seramai 373 mangsa daripada 111 keluarga yang tinggal di kawasan sekitar.

Dalam lawatan itu juga, Datuk Seri Saifuddin Nasution sempat memberikan sumbangan daripada Yayasan Foodbank dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berupa makanan serta keperluan harian bagi meringankan beban buat mangsa terlibat.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (KSU) (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan KSU (Pengurusan) KDN, Datuk Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar, Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Fisol Salleh, barisan Pegawai Kanan KDN dan PDRM.

Jurugambar: Polis Kedah

May be an image of 3 people, hospital and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 2 people, dais and text
ArticlePublished 04 Dec 2024 2.32 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM