
Artikel
Opbanjir Kpd Manjung Lawat Kawasan Terjejas Dan Santuni Mangsa Banjir
Ketua Polis Daerah (KPD) Manjung, ACP Hasbullah Abd Rahman semalam melawat beberapa kawasan di sekitar kawasan Pantai Remis, Manjung, Perak yang terjejas dinai...
Ketua Polis Daerah (KPD) Manjung, ACP Hasbullah Abd Rahman semalam melawat beberapa kawasan di sekitar kawasan Pantai Remis, Manjung, Perak yang terjejas dinaiki air sebelum menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Pantai Remis dan Berus, di sini.
Dalam pada itu, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung turut melakukan rondaan bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta awam yang terpaksa ditinggalkan akibat banjir berada dalam keadaan selamat.
Sumber: Polis Daerah Manjung