Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Opbanjir Biarjasajadikenangan Video Pilihan Penghargaan Orang Awam Kepada Pdrm

Published: 05 Dec 2024 1.46 AM Updated: 15 Aug 2026 6.43 PM
Terima kasih kepada pemilik akaun Tiktok Mohd Putera Adieka atas perkongsian video yang memaparkan Pasukan Gerakan Udara (PGU), Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa isteri beliau, Puan Azlina Hamezah yang sarat mengandung keluar dari kawasan terjejas banjir melalui penerbangan ihsan dengan menggunakan helikopter jenis AW139, sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan dengan menaiki ambulans.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-biarjasajadikenangan-video-pilihan-penghargaan-orang-awam-kepada-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:28 MYT
 
Terima kasih kepada pemilik akaun Tiktok Mohd Putera Adieka atas perkongsian video yang memaparkan Pasukan Gerakan Udara (PGU), Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa isteri beliau, Puan Azlina Hamezah yang sarat mengandung keluar dari kawasan terjejas banjir melalui penerbangan ihsan dengan menggunakan helikopter jenis AW139, sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan dengan menaiki ambulans.

Atas bantuan segera yang diberikan oleh PGU, isteri Encik Mohd Putera Adieka berjaya tiba di hospital dan bayi mereka selamat dilahirkan.

Syabas diucapkan kepada para pegawai dan anggota PGU kerana sentiasa komited dalam membantu mereka yang memerlukan, terutama usaha menyelamat melalui bantuan udara sepanjang tempoh bencana banjir Monsun Timur Laut.

Sumber video: Mohd Putera Adieka

Opbanjir Biarjasajadikenangan Video Pilihan Penghargaan Orang Awam Kepada Pdrm

https://www.facebook.com/reel/1369952734180454
ArticlePublished 05 Dec 2024 1.46 AMUpdated 15 Aug 2026 6.43 PM