
Artikel
Opbanjir Bantuan Berterusan Kepada Mangsa Banjir Dihulurkan
Kesibukan tugas hakiki tidak menghalang warga Polis Daerah Hulu Terengganu memastikan operasi pasca banjir berjalan lancar.
Kesibukan tugas hakiki tidak menghalang warga Polis Daerah Hulu Terengganu memastikan operasi pasca banjir berjalan lancar.
Dengan kekuatan petugas yang terdiri dari 20 pegawai dan anggota Unit 5 Pasukan Simpanan Persekutuan serta 14 anggota dari Angkatan Tentera Malaysia, Kem Desa Pahlawan, kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Batu 23, Ajil, Hulu Terengganu berjalan dengan lancar dan teratur.
Setiap daripada mereka kekal bersemangat membersihkan kediaman penduduk yang mengalami kerosakan akibat banjir baru-baru ini.