Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Opbanjir Artikel Pilihan Pdrm Kerah Anggota Aset Bantu Mangsa Banjir Di Pantai Timur

Diterbitkan: 27 Feb 2022 1.03 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 27 Februari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan 873 pegawai dan anggotanya dalam Op Banjir di Terengganu dan Kelantan dalam membantu menangani bencana banjir.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-artikel-pilihan-pdrm-kerah-anggota-aset-bantu-mangsa-banjir-di-pantai-timur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:27 MYT
Kuala Lumpur, 27 Februari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan 873 pegawai dan anggotanya dalam Op Banjir di Terengganu dan Kelantan dalam membantu menangani bencana banjir.

Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Datuk Mastor Mohd Ariff berkata, misi bantuan itu melibatkan keanggotaan dari Kontinjen Terengganu, Kontinjen Kelantan, KDNKA serta Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang.

"Selain itu, sebanyak 64 buah bot telah digunakan untuk Op Banjir di dua negeri ini.

"Seramai 309 pegawai dan anggota tambahan dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara, PPM Wilayah 3 dan Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 6 juga dalam langkah bersiap sedia untuk digerakkan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../PDRM-kerah-anggota...

Sumber: Sinar Harian
ArtikelDiterbitkan 27 Feb 2022 1.03 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM