Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Selamat Tahun Baharu Cina Kontinjen Negeri Sembilan Dan Daerah Hulu Terengganu Dinobat Terbaik Tahun 2022

Published: 08 Feb 2022 9.51 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 Februari 2022 - Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan Polis Daerah Hulu Terengganu dipilih sebagai johan bagi kategori Kontinjen dan Daerah selepas masing-masing mempamerkan penugasan cemerlang sepanjang Op Selamat 17 sempena sambutan Tahun Baharu Cina, tahun ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-selamat-tahun-baharu-cina-kontinjen-negeri-sembilan-dan-daerah-hulu-terengganu-dinobat-terbaik-tahun-2022
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:24 MYT
Kuala Lumpur, 8 Februari 2022 - Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan Polis Daerah Hulu Terengganu dipilih sebagai johan bagi kategori Kontinjen dan Daerah selepas masing-masing mempamerkan penugasan cemerlang sepanjang Op Selamat 17 sempena sambutan Tahun Baharu Cina, tahun ini.

Manakala Polis Kontinjen Sarawak dan Polis Daerah Bentong mendapat tempat kedua serta Polis Kontinjen Kedah bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dipilih sebagai tempat ketiga terbaik keseluruhan bagi kedua-dua kategori tersebut.

Anugerah penghargaan tadi disampaikan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dalam Majlis Penutupan Op Selamat 17 Tahun Baharu Cina 2022 bertempat di Dewan Theatrette, Bukit Aman di sini.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Acryl Sani menyifatkan Op Selamat 17 sebagai membanggakan apabila berjaya mencatat rekod penurunan dalam jumlah kemalangan jalan raya, kemalangan maut dan angka kematian.

"Ini merupakan satu rekod pencapaian yang cemerlang, di mana sebanyak 26 peratus penurunan dicatatkan dalam Op Selamat kali ini," ujar beliau.

Kesemua anugerah penghargaan bagi Kontinjen dan Daerah Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbaik pada tahun ini diterima oleh pesuruhjaya dan ketua polis negeri serta ketua polis daerah yang terlibat.

Hadir sama, Timbalan KPN, DIG Dato’ Razarudin Husain, Pengarah JSPT, CP Datuk Wira Mat Kasim Karim, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato' Ir. Mohd Shuhaimi Hassan, Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, Dato' Mohamad Nasir Ab. Latif, ketua-ketua jabatan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) serta pegawai-pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: Koperal Aslam Syir Khan dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 12 people and people standing

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of ‎2 people, indoor and ‎text that says '‎کک MAJLIS PENGANUGERAHAN KONTINJEN & DAERAH TERBAIK OP SELAMAT 17 TAHUN BAHARU CINA

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people standing, indoor and text

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 11 people and people standing
ArticlePublished 08 Feb 2022 9.51 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM