Artikel
Op Selamat 7 2015 Fokus Kepada Penguatkuasaan Undang Undang
Kuala Lumpur, 15 Julai – Dalam beberapa hari sahaja lagi menjelangnya hari lebaran, Polis Diraja Malaysia tetap meneruskan kempen keselamatan jalan raya meneru...
Kuala Lumpur, 15 Julai – Dalam beberapa hari sahaja lagi menjelangnya hari lebaran, Polis Diraja Malaysia tetap meneruskan kempen keselamatan jalan raya menerusi Op Selamat bilangan7/2015 yang telah diadakan di Plaza Tol Gombak, Selangor, pagi tadi.
Kempen yang dirasmikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar itu memberi fokus kepada penguatkuasaan undang-undang jalan raya terhadap keselamatan dan kesalahan lalu lintas terhadap pengguna jalan raya khususnya warga kota yang pulang ke kampung halaman masing-masing.
Dalam ucapan perasmiannya, beliau menggesa Cawangan Trafik PDRM agar mempertingkatkan lagi kawalan dan penguatkuasaan di lokasi panas kemalangan sebagai salah langkah untuk menurunkan jumlah kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan.
"Sejumlah 7,274 kes kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 116 kematian telah dicatatkan pada tahun ini dan angka ini jauh lebih tinggi dari tahun lepas di mana kes kemalangan adalah 7,153 kes dan kematian adalah 86,"katanya.
Dalam pada itu, kes-kes jenayah yang melibatkan pecah rumah dan premis turut tidak dipandang ringan oleh PDRM di kala musim perayaan ini. PDRM akan sentiasa meningkatkan rondaan dan kawalan di kawasan-kawasan yang sentiasa berlakunya kejadian jenayah tersebut.
"Pemilik kediaman atau premis hendaklah memaklumkan kepada pihak polis tentang kepulangan mereka ke kampung halaman bagi membolehkan tindakan pencegahan jenayah dapat dilakukan dari awal di kawasan perumahan masing-masing," ujar beliau lagi.
Hadir sama dalam kempen tersebut adalah barisan pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Ramli Bin Hj. Din, Ketua Trafik Pasukan, Dato' Mohd Fuad Abd Latif dan para pegawai kanan PDRM.
Ketua Polis Negara bersama Ketua Trafik Pasukan
Pemberian cenderahti kepada orang awam
Pemberian cenderahati kepada orang awam.
Pemberian cenderahati kepada orang awam.
sidang media.
sidang media.
Pemberian cenderahati kepada orang awam.