Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Palu 2025 Timbalan Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Martek Pantau Penugasan Petugas Di Lapangan

Published: 11 Feb 2025 11.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Gombak, 11 Februari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mengadakan lawatan kerja ke Markas Taktikal (MARTEK) Op Palu 2025 sempena sambutan perayaan Thaipusam di Kuil Batu Caves, di sini pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-palu-2025-timbalan-kpn-adakan-lawatan-kerja-ke-martek-pantau-penugasan-petugas-di-lapangan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:23 MYT
Gombak, 11 Februari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mengadakan lawatan kerja ke Markas Taktikal (MARTEK) Op Palu 2025 sempena sambutan perayaan Thaipusam di Kuil Batu Caves, di sini pagi tadi.

Ketibaan Dato’ Sri Ayob Khan kira-kira jam 10.00 pagi telah disambut Ketua Polis negeri, CP Dato’ Hussein Omar Khan bersama timbalannya, DCP Dato’ Sasikala Devi Subramaniam sebelum dibawa mendengar taklimat pengoperasian MARTEK oleh Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Noor Ariffin Mohd Nasir selaku Pegawai Pemerintah Op Palu dan pengenalan mengenai Sistem NC2PCOPS Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh wakil syarikat System Consultancy Services Sdn Bhd, Encik Arif Ramli.

Sistem NC2PCOPS PDRM berfungsi menjejak pergerakan anggota bertugas, sebagai platform komunikasi, berupaya menganggar kiraan dan memantau pergerakan pengunjung serta penganut secara langsung (real-time). Sistem tersebut juga diintegrasikan dengan pelbagai peranti dan penderia seperti kamera litar tertutup (CCTV) dan dron.

Selain membantu dalam melancarkan gerak kerja Op Palu, Sistem NC2PCOPS PDRM merupakan sistem kawalan dan perintah digital yang turut dilengkapi dengan aplikasi kecerdasan buatan (AI).

Dato’ Sri Ayob Khan kemudiannya meluangkan masa hampir 2 jam meninjau keadaan semasa penugasan anggota-anggota dalam Op Palu dan pemantauan aliran trafik serta kawalan keselamatan sempena perayaan tersebut.

Seusai lawatan, Dato’ Sri Ayob Khan berkesempatan menyantuni para petugas selain beramah mesra bersama pengunjung yang hadir.

Hadir sama, barisan Ketua Jabatan Kontinjen Selangor dan barisan Ketua Polis Daerah.

Jurugambar: PDRM RMP TV
 
May be an image of 6 people and text   May be an image of 11 people, crowd and text   May be an image of 5 people and text   May be an image of 9 people   May be an image of 9 people and crowd  
ArticlePublished 11 Feb 2025 11.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM