Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Kontraban Seludup Rokok Terus Ke Pasaran

Published: 03 Sep 2021 10.52 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Zainal Abidin Kasim berkata, selain menjadikan gudang dan premis perniagaan sebagai lokasi penyimpanan, mereka juga menggunakan pelbagai taktik lain.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-kontraban-seludup-rokok-terus-ke-pasaran
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:39 MYT
Kuala Lumpur, 3 September 2021 - Kartel rokok dikesan menggunakan modus operandi baharu iaitu dengan mengupah pekerja untuk membawa rokok yang diseludup dengan kuantiti yang kecil terus ke pasaran.

Modus operandi yang berubah-ubah itu digunakan bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Zainal Abidin Kasim berkata, selain menjadikan gudang dan premis perniagaan sebagai lokasi penyimpanan, mereka juga menggunakan pelbagai taktik lain.

"Antara yang dikesan ialah mengupah pekerja bagi membawa bekalan dengan kuantiti yang sedikit dan terus kepada pasaran.

"Keadaan itu dikesan berlaku selepas pintu sempadan negara ditutup dan menyukarkan pergerakan sindiket untuk membawa masuk rokok ke negara ini," katanya kepada Harian Metro.

Dato' Zainal berkata, memang terdapat sindiket yang menjadikan gudang dan premis perniagaan sebagai lokasi untuk menyimpan stok mereka ke negara ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../seludup-rokok-terus-ke-pasaran

Sumber: Harian Metro


Seludup rokok terus ke pasaran | Harian Metro
ArticlePublished 03 Sep 2021 10.52 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM