Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Covid 19 Artikel Pilihan 11 Individu Bersenam Ingkar Arahan Pkp Ditahan Di Mont Kiara

Diterbitkan: 27 Mar 2020 1.21 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 27 Mac 2020 - Polis menahan 11 individu yang melakukan aktiviti bersenam dan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Jalan Mont Kiara dan Jalan Desa Kiara, ibu negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-covid-19-artikel-pilihan-11-individu-bersenam-ingkar-arahan-pkp-ditahan-di-mont-kiara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:30 MYT

Kuala Lumpur, 27 Mac 2020 - Polis menahan 11 individu yang melakukan aktiviti bersenam dan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Jalan Mont Kiara dan Jalan Desa Kiara, ibu negara.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, pihaknya telah menjalankan rondaan dan pemeriksaan PKP bermula 7.30 pagi hingga 9.30 pagi di dua kawasan tersebut.

"Polis menahan 11 lelaki terdiri daripada dua warga tempatan, empat warga Jepun, dua warga Korea Selatan dan satu masing-masing dari United Kingdom, Amerika Syarikat dan India.

"Kesemua mereka ditahan semasa sedang bersenam (jogging) dan didapati telah mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

"Kes disiasat di bawah Peraturan 7(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh membawa hukuman denda RM1000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Laporan penuh di pautan berikut http://www.astroawani.com/…/11-individu-bersenam-di-mont-ki…

Op Covid 19 Artikel Pilihan 11 Individu Bersenam Ingkar Arahan Pkp Ditahan Di Mont Kiara
ArtikelDiterbitkan 27 Mar 2020 1.21 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM