Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Benteng Posting Pilihan Pengarah Kdnka Adakan Lawatan Kerja Ke Markas Ppm Wilayah Dua Johor

Diterbitkan: 30 Aug 2021 6.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Pasukan Polis Marin Wilayah Dua
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-benteng-posting-pilihan-pengarah-kdnka-adakan-lawatan-kerja-ke-markas-ppm-wilayah-dua-johor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:48 MYT
Johor Bahru, 30 Ogos 2021 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Zainal Abidin Kasim mengadakan lawatan kerja ke Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, di sini, semalam.

Kehadiran Dato’ Zainal disambut oleh Komander PPM Wilayah Dua, ACP Tuan Muhd Zailani Abdullah setibanya beliau di Pusat Latihan Polis Marin (PULAMAR).

Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah bagi menyampaikan amanat kepada warga kerja PPM dalam mencapai sasaran keberhasilan selain turut menasihatkan agar sentiasa menjaga kesihatan diri sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara. Usai lawatan, beliau turut dibawa meninjau kesiapsiagaan para petugas PPM di sektor pengoperasian laut yang menjalankan tugasan Op Benteng.

Hadir sama, Komander PPM Bukit Aman, DCP Tuan Yusof Mamat dan Ketua Penolong Pengarah Urusetia Jabatan KDNKA, ACP Tuan Kamaruzaman Abdullah.

Sumber: Pasukan Polis Marin Wilayah Dua

ArtikelDiterbitkan 30 Aug 2021 6.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM