Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas Lapan Tan Daun Ketum Sebulan

Diterbitkan: 02 Sep 2021 2.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kubang Pasu, 2 September 2021 - Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim berjaya merampas lapan tan daun ketum bernilai RM239,010 sepanjang sebulan penugasan Op Benteng di sempadan Malaysia-Thailand di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-pga-rampas-lapan-tan-daun-ketum-sebulan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:24 MYT
Kubang Pasu, 2 September 2021 - Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim berjaya merampas lapan tan daun ketum bernilai RM239,010 sepanjang sebulan penugasan Op Benteng di sempadan Malaysia-Thailand di sini.

Pegawai Pemerintah Batalion 2 PGA Kulim, Superintendan Md Dali Jamil berkata, jumlah itu melibatkan rampasan di darat sebanyak 5.7 tan dan 2.3 tan di pesisir pantai barat utara.

Menurutnya, jumlah itu mencatatkan peningkatan rampasan sebanyak 60 peratus berbanding rampasan pada bulan lalu.

"Penggunaan ketum yang dibenarkan oleh kerajaan Thailand menyebabkan aktiviti penyeludupan ketum semakin berleluasa di sempadan.

"Apatah lagi harga pasaran di Thailand mencecah RM100 sekilogram berbanding sekitar RM30 sekilogram di Malaysia," katanya pada sidang media di Markas Taktikal Briged Utara Bukit Kayu Hitam, di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya akan lebih tegas dalam penugasan dan mempergiatkan rondaan dan risikan untuk membendung kegiatan penyeludupan ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 2 people, outdoors and text
ArtikelDiterbitkan 02 Sep 2021 2.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM