Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan 34 Pati Ditahan Dalam Op Benteng

Published: 08 Sep 2021 1.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Selangor, 8 September 2021 - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 34 individu termasuk 17 wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan laut Jeram dalam Operasi Benteng pada Isnin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-34-pati-ditahan-dalam-op-benteng
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:53 MYT
Kuala Selangor, 8 September 2021 - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 34 individu termasuk 17 wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan laut Jeram dalam Operasi Benteng pada Isnin.

Komander PPM Wilayah Satu Pulau Pinang, ACP Tuan Shamsol Kassim berkata, pihaknya telah menerima maklumat berkaitan kehadiran bot pom-pom yang membawa PATI di perairan laut Pulau Angsa pada jam 2.45 pagi.

"Dua buah bot ronda telah ke lokasi untuk mengesan dan membuat pintasan ke atas bot tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

"Kita berjaya menahan bot tersebut setelah 15 minit mengejarnya dan ketika ditahan bot itu bergerak tanpa dikemudikan disyaki tekongnya telah terjun ke laut semasa menyedari kehadiran bot ronda PPM," jelasnya.

Menurut beliau, pemeriksaan ke atas bot pom-pom itu mendapati seramai 34 PATI terdiri 32 warga Indonesia dan dua warga Myanmar.

"Bot dan PATI itu telah ditahan serta diiring ke jeti PPM Selangor untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1985 atas kesalahan memasuki negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 08 Sep 2021 1.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM