Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Banjir Posting Pilihan Tiga Balai Polis Satu Pondok Polis Tutup Akibat Bah

Published: 28 Feb 2022 6.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Terengganu, 28 Februari 2022 - Balai Polis Kuala Jengai di Dungun antara balai dan pondok yang ditutup selepas dinaiki air menerusi banjir gelombang kelima yang bermula Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-banjir-posting-pilihan-tiga-balai-polis-satu-pondok-polis-tutup-akibat-bah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:14 MYT
Kuala Terengganu, 28 Februari 2022 - Balai Polis Kuala Jengai di Dungun antara balai dan pondok yang ditutup selepas dinaiki air menerusi banjir gelombang kelima yang bermula Jumaat lalu.

Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa berkata, balai itu antara yang paling teruk terjejas akibat bencana itu selepas dinaiki air bermula semalam.

Menurutnya, hujan berterusan menyebabkan balai dan kuarters yang menempatkan 10 anggota dan 23 ahli keluarga itu mula dinaiki air jam 10 pagi.

"Dua lagi balai yang terkesan akibat banjir ialah Balai Polis Manir di Kuala Terengganu dan Balai Polis Air Putih di Kemaman serta Pondok Polis Pasir Raja, Dungun," katanya.

Dato’ Rohaimi berkata, kesemua anggota yang berada di balai dan pondok yang terjejas selamat dan sudah dipindahkan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../3-balai-1-pondok-polis...

ArticlePublished 28 Feb 2022 6.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM