Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Obk Pdrm Terus Perkasa Jaringan Kerjasama Antarabangsa Demi Lindungi Khazanah Negara

Published: 26 Apr 2026 3.57 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Hulu Terengganu, 26 April 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantapkan kolaborasi strategik dengan agensi penguatkuasaan luar negara untuk membanteras rangkaian penyeludupan global, di samping memperluas jaringan kerjasama antarabangsa bagi penyelarasan dasar dan risikan yang lebih efektif.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/obk-pdrm-terus-perkasa-jaringan-kerjasama-antarabangsa-demi-lindungi-khazanah-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 00:31 MYT
 
Hulu Terengganu, 26 April 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantapkan kolaborasi strategik dengan agensi penguatkuasaan luar negara untuk membanteras rangkaian penyeludupan global, di samping memperluas jaringan kerjasama antarabangsa bagi penyelarasan dasar dan risikan yang lebih efektif.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dalam Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 19 Bilangan 1 Tahun 2026 anjuran Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia yang berlangsung di Dome Inn, Pulau Poh, Tasik Kenyir, di sini, semalam.

Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan secara bersama oleh beliau dan Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim serta Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Dato’ Haji Amran Haji Ahmad.

Dalam ucapannya, Tan Sri Ayob Khan menegaskan bahawa jenayah penyeludupan hidupan liar dan khazanah alam semula jadi bukan sahaja merosakkan ekosistem serta biodiversiti negara, malah merupakan ancaman serius kepada keselamatan ekonomi dengan peningkatan nilai monetari saban tahun.

"Justeru itu, PDRM bersama Jabatan PERHILITAN, JKDM dan agensi rakan strategik berdiri teguh menyokong aspirasi ini. Kita kekal tekad dan agresif tanpa garis penamat demi memastikan tiada ruang bagi penjenayah menceroboh kedaulatan sumber alam negara.

"OBK merupakan inisiatif tuntas yang berjaya menyelaraskan pelbagai agensi keselamatan dalam mendepani ancaman jenayah rentas sempadan. Namun, memandangkan modus operandi sindiket semakin sofistikated, pendekatan kita haruslah beralih daripada kaedah konvensional kepada strategi yang lebih konstruktif dan efisien.

"PDRM sentiasa bersedia memberikan komitmen, menyumbang kepakaran dan kemahiran secara berkolaborasi dengan agensi-agensi pasukan keselamatan lain, dalam setiap misi pemeliharaan ini. Senergi ini akan lebih ampuh sekiranya kita terus terbuka dalam perkongsian maklumat dan kepakaran di bawah payung kolaborasi OBK," kata beliau lagi.

Dalam mesyuarat itu turut menyaksikan beberapa pembentangan mengenai Laporan Keseluruhan OBK Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah yang ditaklimatkan oleh Jabatan PERHILITAN, PDRM, Sarawak Forestry Corporation serta Sabah Wildlife Department. Tidak ketinggalan juga, pembentangan mengenai perlaksanaan Kempen Selamatkan Harimau Malaya oleh NGO WCS serta taklimat oleh Majlis Pengurusan Taman Negara Terengganu.

Tan Sri Ayob Khan bersama para ahli mesyuarat telah mengadakan lawatan ke Sungai Cacing dan menyertai aktiviti pelepasan hidupan liar seperti harimau kumbang, kucing tulap, rusa sambar dan tenggiling.

Hadir sama, Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Fisol Salleh, Ketua Lesen Pasukan Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api) Bukit Aman, SAC Dato' Kama Azural Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Pasukan Gerakan Am, Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Shaiful Azmi Hussein, Komander (Wildlife Crime Beurau/Perisikan dan siasatan Khas) Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Zaki Ashar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Junainah M. Kasbolah dan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Julina Salehuddin.

Jurugambar: PDRM RMPTV

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais and text that says 'MTslr OPERASIBERSEPADU OPERASI BERSEPADU KHAZANAH(OBK) પ KHAZANAH (OBK) AK MILIK MILIKPORI PDRI'

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people
ArticlePublished 26 Apr 2026 3.57 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM