Nurul Suhada Zainal Kebanggaan Pdrm 20150723
Konstabel Nurul Suhada Zainal yang kini berkhidmat sebagai anggota Polis Diraja Malaysia baru berusia 21 tahun tetapi telah berjaya menempah nama dalam dunia sukan berbasikal negara setelah berjaya memperolehi pelbagai gelaran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sebagai makluman, anak jati Banting, Selangor itu adalah antara penyumbang pingat dalam temasya Sukan SEA, Singapura yang telah berlangsung baru-baru ini.
Dengan berbekalkan disiplin yang tinggi, beliau kini merupakan salah seorang permata dalam bidang sukan PDRM yang akan sentiasa menyinar dalam bidang sukan yang diceburi.
Ikuti temu bual beliau bersama wartawan Kosmo di bawah mengenai 'kegilaannya' terhadap sukan berbasikal.
Syabas dan tahniah Konstabel Suhada! Kami bangga dengan pencapaian anda!
Sumber: Kosmo.