Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Nafsle 2025 Kpn Rasmi Penutupan Simposium Sains Forensik

Diterbitkan: 11 Sep 2025 11.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Cheras, 11 September 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini merasmikan Majlis Penutupan 6th National Forensic Science Symposium for Law Enforcement (NAFSLE) 2025 yang berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Lumpur.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/nafsle-2025-kpn-rasmi-penutupan-simposium-sains-forensik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:27 MYT
Cheras, 11 September 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini merasmikan Majlis Penutupan 6th National Forensic Science Symposium for Law Enforcement (NAFSLE) 2025 yang berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Lumpur.

Simposium anjuran JSJ Bukit Aman selama tiga hari ini menjadi platform tahunan menghimpunkan pakar forensik, pegawai penyiasat, ahli akademik dan pengamal undang-undang untuk memperbaharui pengetahuan serta meneroka solusi inovatif berasaskan teknologi.

Dalam ucapannya, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid menegaskan bahawa NAFSLE berjaya memperkukuh kefahaman mengenai kepentingan siasatan forensik, menggalakkan perkongsian ilmu dan menekankan peranan bukti fizikal dalam memperkasakan integriti siasatan jenayah.

“Platform ini memberi peluang kepada peserta untuk menimba ilmu dan berkongsi kepakaran dalam penyiasatan saintifik, dengan penekanan kepada bukti fizikal, teknologi terkini serta aspek perundangan forensik yang diyakini dapat memperkukuh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang siasatan,” ujar beliau.

Beliau turut menambah perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) telah membuka dimensi baharu dalam landskap keselamatan negara, sekali gus menuntut pemerkasaan kredibiliti agensi penguat kuasa dalam aspek risikan, penyiasatan serta pendakwaan.

Seusai itu, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid bersama timbalannya, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkesempatan melawat tapak-tapak pameran yang disediakan di pekarangan lobi Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Turut hadir, Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Hj. Azman Abdullah Hakim, Pengarah JSJ, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu selaku penaung Jawatankuasa Kerja, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Fadil Hj. Marsus, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dr. Che Ghazalie Che Awang serta pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery & Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of ‎1 person, dais and ‎text that says '‎ENCE SYMPOSIUM for LAW ENFORCEMENT ه Dinng YDN1G BATO SRI m MAL CIN ቤሌ OOMAIL KETW FGAR

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 5 people, speaker, dais and text that says '6 ੱਖ Majlis Penutupan NATIONAL FORENSIC -SCIENCE SYMPOSIUM for LAW ENFORCEMENT AиaTpeHK
ArtikelDiterbitkan 11 Sep 2025 11.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM